-->
skip to main | skip to sidebar
^_NuZyStOryHeRe_^

Wednesday, 9 April 2014

Kita tahu . .

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.

Kita tahu...
Kita ni sementara dekat dunia.
Dunia ni perhiasan.
Dunia juga muslihat.
Terlalu banyak tipu daya berlaku atas muka bumi ni.
Tak perlu tunding jari dekat orang.
Tapi tengok jari kita yang menunding tu.
Ada 4 yang patah balik ke arah kita.
Tengok diri kita sahaja.
Berapa kali telah kita berdusta.

Kita tahu..
Ada yang memerhatikan kita.
Yang setiap berapa minit datang. Merenung kita.
Untuk menjalankan tugasnya.
Tengok kita yang sudah bersedia ke tidak.
Untuk ke alam seterusnya.
Tapi dia kena 'standby' pada waktunya.
Ada 2 lagi yang berada kiri dan kanan kita.
Kerja mereka berdua, sorang catat benda baik.
Sorang catat benda jahat.
Dan yang paling penting.
Yang 24 jam setiap saat perhatikan kita.
Kalaulah kita nampak kita ni sentiasa diperhatikan.

Kita tahu..
Ajal rezeki jodoh semua dah ditentukan.
Tapi kadang kala
Kita yang lemah ni cepat berputus asa.
Kadang kala jugak kita tak redha dengan dugaan yang datang.
Iman itu bergraf.
Boleh kejap naik kejap turun.
Dan impian semua orang.
Adalah menginginkan graf itu semakin menaik dan maintain.
Tapi kalau sekadar di mulut, amal tak buat.
Boleh ke?

Kita tahu.
Kita dah sedia maklum tahu benda ni.
Persoalan besarnya?
Kenapa masih tak ubah.
Hati dah terdetik.
Untuk pergi dekat.
Itu suatu nikmat.
Hidayah datang.
Tapi kenapa, susah, untuk terus berjuang?

Sekarang mata hati ni dah nampak.
Syurga itu mahal.

Istiqomah dan mujahadah itu perlu.
Dalam penghijrahan.

Jom kita berubah kepada yang lebih baik.
Doakan kejayaan saya.
Dunia akhirat.


Typed by Zyma Rusli :)
Posted by Zyma Rusli at 07:25
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SCM Music Player

×

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  April (2)
      • Drama Sambung Belajar
      • Kita tahu . .
    • ►  February (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  July (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
Powered by Blogger.