Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatu.
Salam sejahtera.
Sekarang pukul 12.47 a.m.
Mata ni tak boleh lelap.
Otak pulak jadi overthinking.
Sebab mungkin terlalu banyak berfikir ? Mungkin lah.
Then terasa nak cakap pasal something.
Apa dia? Naaahh, tengok tittle tu.
COUPLE.
Ya. Sama ada sedar atau tak, kita semua mesti ada pengalaman 'cinta monyet' masa zaman sekolah.
Serius atau tak, tolak tepi.
Honestly, saya tak pernah ada pengalaman ber'couple' masa zaman sekolah.
Tak tau lah. Dan saya rasa .... saya tak minat nak jawab soalan orang kalau soalan dia bunyik macam ni..
'Ade boyfriend?'
Mungkin sebab saya tak ada boyfriend saya tak minat nak jawab.
Hurmm kalau ada mesti nak cerita berjeler jeler. Kalau buat karangan mungkin boleh lebih 1000 patah perkataan.
Pernah lah satu masa dulu, di mana masa tu boleh kata semua kawan kawan saya memasing ada boyfieee.
And ada yang suka cerita masalah dia dengan boyfieee dia tu dekat saya.
Tapi itu tak jadik masalah pada saya.
Yang masalahnya kadang kadang SANGAT TIPU kalau saya cakap yang saya langsung takde rasa nak macam boyfieee boyfiee tu.
Rasa macam tak laku pun kadang kadang ade.
Masa tu, tengok ada kawan yang sanggup tipu keluarga semata nak senangkan hati boyfieee dia tu.
Ada jugak yang sanggup bengkak mata sebab cry for 'his boy.'
Ada yang sanggup keluarkan duit sendiri untuk beli barang mahal just because of LELAKI YANG BELUM TENTU PIMPIN DIA KE SYURGA.
Yaa itu dia ayat mengancam dah keluar.
No saya tak marah diaorg.
Kadang kadang saya pun teringin macam tu.
Saya pun pernah menangis hanya untuk lelaki yang konon saya dah cinta mati gila.
Saya pun pernah beli something untuk lelaki yang saya ada hati, then bila fikir balik membazir lah bagi dekat dia.
Membazirkan duit, air mata.
Ingat balik semua ni, mitos ape ni ????
Tapi kita remaja, fikir untuk seronok.
Fikir apa yang kita nak.
Tak salah semua tu, tapi nanti at one time, bila kita flashback zaman dulu kita,
At that time, kita akan rasa. Rasa something yang takde gunanya.
Saya pernah sekali bercouple. Itu pun untuk 'eksperimen' ?
Ya. Eksperimen.
Benda ni berlaku sehari selepas saya tamat SPM.
Well kenal dekat laman sosial. Macam biasa. Cliche kan kenal dekat situ.
Macam dalam drama pepetang tu.
Mula mula rasa lah macam ade orang yang caring sume ape kann.
Then hari seterus dan seterusnya, jauh dari sudut hati . . .
Me just like ..
'Kenapa aku ni ? Kenapa aku langgar apa yang aku pertahankan and lastly aku pun kalah dengan benda ni?'
At that time, saya sedar syaitooonnn nirrajim dah berjaya 'kalahkan' pendirian saya, yang kononnya takkan couple sebelum nikah.
Malam tu jugak, saya mintak dengan dia untuk berkawan.
And alhamdullillah, dia pun tak kesah.
And guess what ? Hari tuh genap seminggu saya couple.
Erkk..
Jauh dari sudut hati, ada rasa menyesal.
Menyesal sebab dah pecahkan rekod mungkin ?
And eksperimen saya dah pun berakhir. Apa yang saya dapat ? Ini dia.
RASA TERKONGKONG. RIMAS. TAK BEBAS.
Tak tau kenapa rasa macam tu tapi tu lah hakikat dia.
Kemudian saya ada bukak twitter, then sangat kebetulan ade orang post satu link video dekat timeline.
Video youtube Ustaz Azhar Idrus.
Yang di mana kandungan isi video tu, UAI cakap pasal hukum couple.
Hukum dia HARAM.
Ulang suara HARAM.
Cepat cepat sebut 'Astagfirllahhalazim'.
Tak tahu nak describe macam mana perasaan masa tu.
Dia jea yang faham.
At that time, saya sedar. Dia selamatkan saya.
Dia sayang saya. Dia lindungi saya tanpa saya sedar.
Dia suruh saya sabar masa saya dikelilingi dengan orang yang berada dalam keseronokan.
Atau yang lagi tepat Dia uji saya, Dia nak tengok saya, mampu tak saya lawan nafsu.
Ya. Itu yang sebetulnya.
Saya bukan orang warak. Saya pendosa.
Ilmu agama pun tak tinggi mana.
Percayalah, apa jadik dan apa yang dah terjadi dan yang dah kita lalui selama ni , walaupun perit mana pun kita telan, itu semua adalah yang terbaik yang dah Dia rancang untuk kita. Sebelum kita lahir dekat dunia lagi. Dia dah tahu. Sebab ape ?
Lupa ke ? Dia kan maha mengetahui.
Korang, apa apapun, letak Dia nombor satu dalam hidup kita.
Yakin dengan Dia.
Alhamdullilah. Saya rasa bersyukur sebab terselamat dengan benda yang menghampirkan saya kepada maksiat, zina. Tau zina ?
Persetubuhan di luar nikah.
Ya dosa besar tu. Mungkin itu tak berlaku. Tapi ingat, zina hati, zina mata, zina tangan,zina kaki,
Yang tu jangan lupa.
Kepada kaum hawa di luar sana, jagalah mahkota penting yang Allah amanahkan tu. Jagalah maruah. JAGA. TOLONGLAH JAGA. Mahalkan diri anda wahai hawa.
Janganlah fikirkan tentang keseronokan yang sementara.
Kita ada lagi hidup yang akan datang, hidup selepas mati.
Masa tu, amalan je yang bantu kita. Kalau nasib baik, dapat syafaat dari Nabi Muhammad.
Itu pun bergantung dengan amalan, banyak mana yang dah kita amalkan. Tak tolak lagi ikhlas ke tak, khusyuk kea tak.
Berhati hatilah. Kita ada akal, kita boleh fikir.
Sebelum semuanya terlambat. :')
Setiap hari, Dia kasik kita peluang. Untuk cari Dia.
Teruskanlah cari Dia sementara nafas masih boleh hembus.
Sementara anggota masih sihat.
Dia bagi peluang.
Tentang layak atau tak kita mendapat taubat, itu belakang cerita.
Yang penting jangan berhenti.
Lupa ke ? Dia kan maha pengampun.
Bersyukurlah lahir dalam keadaan Islam.
Bersyukurlah. Dah jadi Islam, janganlah hanya pada IC jea.
Jangan hipokrit :)
Yang paling penting, jangan berhenti putus asa untuk minta rahmat Dia.
Lupa ke ? Dia kan maha penyayang.
Jadi jom kita sama-sama ? Stop budaya couple.
Hampiri Dia.
Rayu dengan Dia.
Mohon maaf dengan Dia.
Doakan diri kita semua berjaya dunia dan akhirat. Aminnn.
Ya rabbal alaminn.
Firman Allah :
وَ لاَ تَقْرَبُوا الزّنى اِنَّه كَانَ فَاحِشَةً، وَ سَآءَ سَبِيْلاً.
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [QS. Al-Israa’ : 32]
اَلزَّانِيَةُ وَ الزَّانِيْ فَاجْلِدُوْا كُلَّ وَاحِدٍ مّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَّ لاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِيْ دِيْنِ اللهِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلاخِرِ، وَ لْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مّنَ اْلمُؤْمِنِيْنَ. اَلزَّانِيْ لاَ يَنْكِحُ اِلاَّ زَانِيَةً اَوْ مُشْرِكَةً وَّ الزَّانِيَةُ لاَ يَنْكِحُهَآ اِلاَّ زَانٍ اَوْ مُشْرِكٌ، وَحُرّمَ ذلِكَ عَلَى اْلمُؤْمِنِيْنَ
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2) Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (3) [QS. An-Nuur : 2-3]
وَ الّتِيْ يَأْتِيْنَ اْلفَاحِشَةَ مِنْ نّسَآئِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوْا عَلَيْهِنَّ اَرْبَعَةً مّنْكُمْ، فَاِنْ شَهِدُوْا فَاَمْسِكُوْهُنَّ فِى اْلبُيُوْتِ حَتّى يَتَوَفّهُنَّ اْلمَوْتُ اَوْ يَجْعَلَ اللهُ لَهُنَّ سَبِيْلاً. وَ الَّذنِ يَأْتِينِهَا مِنْكُمْ فَاذُوْهُمَا، فَاِنْ تَابَا وَ اَصْلَحَا فَاَعْرِضُوْا عَنْهُمَا، اِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيْمًا.
Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya. (15) Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji diantara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (16) [QS.An-Nisaa’ : 15-16]
وَ الَّذِيْنَ لاَ يَدْعُوْنَ مَعَ اللهِ اِلـهًا اخَرَ وَ لاَ يَقْتُلُوْنَ النَّفْسَ الَّتِيْ حَرَّمَ اللهُ اِلاَّ بِاْلحَقّ وَ لاَ يَزْنُوْنَ، وَ مَنْ يَّفْعَلْ ذلِكَ يَلْقَ اَثَامًا. يُضعَفْ لَهُ اْلعَذَابُ يَوْمَ اْلقِيمَةِ وَ يَخْلُدْ فِيْهِ مُهَانًا. اِلاَّ مَنْ تَابَ وَ امَنَ وَ عَمِلَ عَمَلاً صَالِحًا فَاُولئِكَ يُبَدّلُ اللهُ سَيّاتِهِمْ حَسَنَاتٍ، وَ كَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا. الفرقان
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya). (yakni) akan dilipat gandakan ‘adzab untuknya pada hari qiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shaleh, maka mereka itu kejahatan mereka digandi Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS. Al-Furqaan : 68]
وَ الَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حفِظُوْنَ، اِلاَّ عَلى اَزْوَاجِهِمْ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُمْ فَاِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغى وَرَآء ذلِكَ فَاُولئِكَ هُمُ اْلعدُوْنَ. المؤمنون
Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. [QS Al-Mukminuun: 5-7]
InshaaAllah :)
Typed by Zyma Rusli :)
No comments:
Post a Comment