Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum. :)
Hai .
Hidup ni macam macam kan ?
Kadang kadang dia okay.
Kadang kadang lepas satu satu masalah datang.
Kadang kadang konflik dan dilema muncul masa kita syok watlek watpeace.
Kadang kadang. Hanyut. Leka. Quran entah ke mana. Keyakinan tu timbul tenggelam.
I AM TALKING ABOUT MYSELF....
Well macam yang korang sedia maklum. Saya seorang lepasan SPM 2013.
And masih terhuyung hayang nak cari jalan cerita hidup saya yang the next page.
2014. I am eighteen.
Takdelah dewasa sangat and takdelah budak sangat.
Remaja lah.
Ya. Lepas dapat result SPM harituh, Alhamdulillah.
Tak mengecewakan sangat. And tak membanggakan sangat pun sebenarnya. Hee
Saya dapat 3A 2B+ 1C+ 2C 2 D.
D tuh Chemistry and Physic. Syukur weh.
Maybe korang gempak. A+ A A-. Tahniah !
But saya. Tak superb. Tak terror.
Tapi Alhamdulillah syukur sesangat sebab lulus.
Biasa exam dapat markah antara lulus dan gagal. Serioustalk.
Science bukan untuk sayalah.
Daripada UPSR, PMR ke SPM. Tak pernah A.
And what I think is. Lepas ni saya nak belajar benda yang takde kaitan sangat dengan science.
I love science. Seronok belajar.
Tapi yea laa kan. Lain orang lain pendapat. Lain cara terima.
And lain ke'pick up'an otak terima sesuatu tu.
But overall Alhamdulillah. Saya tahu cara saya belajar.
Saya tahu sampai mana kemampuan saya. Saya syukur.
Result tu memang untuk saya.
That's all. :)
I AM TALKING ABOUT MYSELF....
Pasal sambung belajar.
Guess what ? Macam macam.
Macam macam saya dapat tawaran yang dalam kategori 'pelik pelik'. Hahaha
Not really funny.
Tapi tu lah. Banyak tawaran ke universiti swasta.
Saya ni bukan dari keluarga yang poket tebal.
Just moderate.
Tapi satu hari tu, dapat tawaran pergi ke Kolej Q (Bukan nama sebenar) :D
Nampak menarik sebab semua ditaja.
And saya pun pergilah temuduga dia.
Lepas dengar penerangan dia. Well so many ayat manis.
You know what I mean right?
Saya berminat. Bayar lah wang pendahuluan orang kata ea ?
RM300. Masa harituh, saya penat.
Bukan penat ape. Penat tengok ayah ke hulu ke hilir semata nak settlekan hal saya ni.
Sumpah atas motor jugak air mata ni berdesup jatuh.
Tengok ayah, tungkus lumus. Sebab anak dia ni jea haa.
Ayah just cakap :
'Kalau kau nak sangat masuk, ayah ikut. Tapi fikir betul betul'
And me just like fikir ala kadar.
Saya fikir yang kalau saya dah masuk kolej ni, saya dah tak perlu fikir pasal...
Takde tempat nak sambung belajar...
Banyak saingan...
Tapi tu lah realit hidup kan.
Kalau senang memanjang, apalah sangat taraf kita sebagai HAMBA nak hidup senang.
And tarikh masuk kolej tu kurang dari seminggu.
Ya Allah huru hara beli barang.
Beli baldi, naju beg semua.
Siap buat kad lagi. Semuanya berduit. Bukan percuma.
Duit pun bukan turun dari langit. Kalau duit turun dari langit.
Kita tak tau apa itu 'usaha', 'tungkus lumus', 'kerja', dan 'belajar'.
Haha senang hidup macam tu ekk.
Tapi padahal hati ni 50/50 nak ke kolej tu.
Time tu antara percaya dengan tak.
Malam tu, saya istikharah.
Then macam takde dapat mimpi.
And the next night I do it again.
Sama lagi.
Sampailah tetiba hati ni terdetik nak carik detail maklumat pasal kolej tuh,
And saya jumpa something yang ERGHHHHHH.
Terus esok paginya, saya decide taknak pergi.
Ya. Well saya rasa tempat tu bukan untuk saya.
Tapi saya taknak masuk Form6.
Atas sebab ? Saya tak tau lah memang berat hati nak masuk Form6.
Menyampah. And macam ...
'Ekeleh Form6 ??'
I AM TALKING ABOUT MYSELF....
Then kebetulan esoknya tarikh untuk semakan masuk ke Form6.
And hati ni terdetik nak tau banyak maklumat pasal Form6.
And guess what ?
Form6 takdelah 'Ekeleh' sangat.
Malah banyak gila benefit.
Korang boleh search jea dekat internet.
Masa pun setahun setengah.
Then boleh terus degeree.
Kalau diploma lama sikit.
Well just like yang saya cakap.
Lain orang lain pendapat.
It's up to kita kita semua ni punya cara fikir. Terpulang.
And saya tetiba rasa macam nak masuk Form6.
Whatever people say. Tolak tepi.
Diri sendiri yang nak belajar.
Malaysia ni, peluang belajar banyak sebenarnya.
Kita ni jea. Not all. Tapi sesetengah ni yang suka bagi alasan.
And saya cek semakan Form6.
Alhamdulillah dapat :)
Ibu pun setuju kalau saya masuk Form6.
5 Mei ni pergi daftar. Lagipun sekolah ni haa.
Dekat sangat. Kalau naik motor pun enjin tak sempat nak panas dah sampai.
Jalan kaki pun takde hal lah.
I AM TALKING ABOUT MYSELF....
See ? Allah dah tunjuk jawapan dekat saya.
Tempat yang saya Ekleh kan tu lah yang saya dapat.
Blah ah Zyma.
Manusia. So mentality.
Hate it !
Kekadang kita ni tak keterlaluan sangat untuk saya cakap.
Terlalu berkira. Memilih dengan apa yang tuhan dah susunkan untuk kita lalu.
Kadang kadang siap boleh mengeluh lagi dengan apa yang kita dapat.
Padahal kita sedia maklum.
Allah sebaik baik perancang.
Tapi bila benda macam ni datang kedebuk!!
Mananya rasa yakin tu ?
Tanya diri tanya iman.
Sesetengah mentaliti masyarakat kita ni.
Yang kalau dapat reslut gempak. Berjaya selamanya!
Yang tak ambek SPM. Gelap masa depan !
Otak kita ni macam dah set dengan benda benda macam ni.
Tak. Betul result SPM tuh penting.
But tak perlu kodd ramal masa depan seseorang tu ?
Got it? Good.
I AM TALKING ABOUT MYSELF....
Kita ni cepat sangat cakap 'TAK' dekat sesuatu yang belum lagi kita buat.
Atau bahasa senang fahamnya, cepat sangat mengalah. Cakap taknak. Takboleh.
Cepat sangat otak ni tolak dengan benda yang kita tak suka.
Sedangkan dalam Al-Quran sendiri ada cakap :
' Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. '
Surah Al-Baqarah ayat 216
Faham ? Jadi moralnya.
Percaya dengan qada' dan qadar.
Percaya dengan takdir, rezeki yang Allah bagi.
Yakin dengan pencaturan Dia.
Lembutkan hati ni yang penuh dengan sangkaan yang bukan bukan.
Rajinkan zikrullah.
Insha Allah Dia pasti bantu.
Pertolongan Dia tu setiap masa.
Istikharahkan jawapan yang kita nak.
Kita ni kadang kadang, bukan.
Selalu suka menyusahkan yang mudah.
Rezeki tu kan jaminan Allah :)
Jadi, tahniah dekat semua yang dah sambung belajar,
dah nak sambung belajar,
dan akan sambung belajar.
Yang dah bekerja pun tahniah.
Semua ada rezeki masing masing.
Yang penting usaha, doa.
Semoga kita semua menjadi manusia yang dapat capai matlamat kita,
di dunia dan akhirat.
Dan dapat buat bakti dekat ibu bapa, guru, masyarakat, negara dan agama.
Amin.
I AM TALKING ABOUT MYSELF :)
Assalamualaikum.
Typed by Zyma Rusli :)
Wednesday 23 April 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment