Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hai !
Hee excited laa. Lama tak taip dekat blog.
Okee cerita untuk hari ni , nak cerita pasal aktiviti lepas spm.
Lesen motor and kereta dah settle.
Pengalaman kerja pun dah.
Kahwin ? Ermm belum masanya lagi.
Okee so maknanya sekarang ni aktiviti beruang.
Makan tidur lepak jalan.
And badan semakin 'membesar'.
Nevermind. I will tell you the story.
JPJ TEST
Taraaaaaa!!
Nampak tulisan bold tuh? Alhamdullilah saya dah ada lesen yang sah. Pengalaman belajar drive kereta lebih kurang sebulan lebih. 2 bulan. Eh tak sebulan lebih jea kodd. Macam yang post lepas tuh dah cerita pengalaman first time belajar drive kereta. And cerita yang ni pulak masa JPJ test.
Pada pagi itu, cuaca sangat cerah. Hari yang indah untuk kita memandu. *Perghh ayat.
Okee gerak dari rumah 7.15 pagi. Then gerak pergi rumah Leha. Amek Leha gi pejabat Kak Nora. Tunggu Kak Nora amek. Dia sampai naik van cantik dia. Otw gi Tangkak Driving Centre.Sampai situ cek cek ic lesen semua. Pakai baju yang macam nak main netball tuh. Baju busuk tu. My number is 67. Guess what ? I'm the last tester. Tester kea? Haha calon terakhir. Then tunggu dalam bilik tu untuk ditaklimatkan oleh JPJ terhormat. After that, pergi naik atas untuk beraksi. Haha. Sementara tunggu giliran, I can see macam macam jenis pemandu. Maklum ah. Pandu dalam keadaan diperhatikan oleh JPJ and orang ramai. Ada yang gagal, ada yang lulus.
And bila my time dah tiba, pergilah naik kereta yang dah tersedia maklum dekat situ. Dalam keadaan nervous tahap dewa. Pakai sitbelt. Selawat. Bismillah. Masuk gear satu. Handbreak. Jalan. Wohoo! Naik bukit. Test parking then 3 pointer. Alhamdullilah bahagian 2 lulus.
Then azab seterusnya, jalan raya. Masa test jalan raya dapat petang. Around pukul 3 ke 3.30 laa. Lalu jalan C. Jalan senangg. JPJ pun sempoi jea. Tak strict. Alhamdullilah lulus jugak. Syukur. And lega gila.
So that's my JPJ test story.
ZAMAN KERJA
Talking about my carrier ni haa. Nak tergelak pun ade. Okee. Saya dapat kerja dekat Butik Onel. Masa tu misi mencari kerja dengan Cik Pikah Ayuhan. Jaga kedai baju. Ada jubah, baju kurung, tudung and bla bla bla. Nama bos Kak Masz. Suami dia Onel and dia ada anak nama Irfan. Ya. Budak lasak tuh. Kak Masz ni dia okee. Baik. Just dia nak kerja denga dia kena semuanya perfect. Apa yang dia nak tahu ialah sale banyak. Herghhhh dah laa aku takde pengalaman niaga. But it's okey. Hari demi hari makin okay. And dekat situ dapat kenal dengan Kak Ira, Kak Mok, Mud and ramai lagi. Dapat bergaul dengan orang niaga. Kak Ira best! Dia banyak ajar saya pasal jaga kedai. But saya kerja situ just for 2 weeks. Terpaksa berhenti atas sebab yang munasabah. Btw it's a great experience. Saya dapat tengok macam macam ragam manusia. Yang tahap cerewet gila nak mati, yang bendul pun ada. Hahahaa. But seronok ah. Besides dapat belajar sabar banyak-banyak. Best!
And now, saya dah bersara. Duduk rumah goyang kaki. Rileks. Makan tidur. Kekadang gi merayau naik JNV tuh haaa. Aktiviti ni mungkin akan berterusan sampailah result keluar nanti. Well tu la cite dia.
So thank you for visiting my blog. Thanks thanks thanks thanks thanks. And doakan saya semoga dapat result SPM yang cemerlang and have a nice day guys! Thanks again. Much love :)
Assalamualaikum.
Typed by Zyma Rusli :)
Thursday 6 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment