Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Hai semua. Heee.
Hari ni saya excited. Sebab tengoklah tajuk atas tuhh.
MY FIRST DRIVING DAY.
Sebenarnya benda ni berlaku masa hari Sabtu hari tuh, 7 Disember 2013 (Kalau tak silap.)
Malam sebelumnya, memang tak sabar sangat sangat sangat nak memandu.
Bukan apa, memang dah terlalu lama dah rasa nak drive kereta ni.
Alhamdullilah, akhirnya dapat jugak.
Now, saya nak story morry sikit masa dekat tempat belajar memandu tuhh.
Firstly, pagi tuh, saya bangun awal, dalam pukul 4 lebih laa.
Tak tahu kenapa boleh bangun awal, mungkin sebab excited.
Then, siap siap masa pukul 6.
Dalam pukul 7 pagi, gerak pergi rumah Leha, kawan lesen saya.
Lepas tuh tunggu dekat pejabat Kak Nora.
Tunggu dia ambik, tapi dia tak dapat ambik.
So, ada lah abang hensem sorang tuh tolong ambik, apa entah nama dia.
Lepas tu, sampai sana, terus dengar ceramah. 3jam lama dia.
Then, saya kena drive belah petang sebab ramai yang nak belajar memandu hari tuh.
Dalam 50 orang.
Redhoo laa. Tunggu dari pukul 11 pagi sampai laa pukul 2.30 petang. Lebih kurang laa jam tuhh.
Saya dengan Leha lepak dekat surau. Borak gelak sakan. Biasa laa.
Dengan kawan rapat katekann.
Sampai lenguh mulut ni asyik bercerita jea.
Sementara tunggu Zohor tuhh.
Petang tu, Abang Rasyid tolong ajar saya drive kereta.
Kelakar dia tuhh.
Ingat dia bawak pusing-pusing dulu.
Rupanya kena terus drive. Perghhh.
Dengan takde pengalaman memandu, terus masuk dalam kereta, dia suruh start enjin. Dia tunjuk yang mana break, minyak, cluth semua.
Then masa nak jalan tiba-tiba, dush!
Enjin mati. HAHAHAHAAA. So sakai!
Biasa lettew. Saya budak baru belajar.
Kalau salah tolong tunjukkan :D
Then, lama-lama okay laa. Best!
Cuma saya tak mahir pegang stereng kereta yang ketat tuhh. Lenguh tangan!
Tiba-tiba abang Rasyid boleh pulak suruh bawak kereta guna satu tangan jea.
Tapi tangan kiri!
Tangan kanan duduk diam-diam!
Kata dia. Hurmmm kena dera. Tapi tuh semua ada manfaat dia jugak.
Masa nak buat parking, kepala kena jenguk keluar untuk tengok tayar.
Masa dok tonjet tonjet badan tuh, tiba-tiba, krekkk!
Badan cramp! Ya Allah, sakit tak terkata.
Terdiam japp. Nasib baik sakit kejap jea.
Fuhh. Lega.
And then, saya pandulah sampai pukul 5.30 petang.
What a great day sebab dapat kemahiran baru hari ni!
Walaupun enjin mati 3 kali, but this is best experience bro!
Hahaa. So lepas ni, akan ada latihan lagi.
Kena practise, dan practise, dan practise.
Practise makes perfect!
Perfect for get a license!
Yeayh! Bila dah ada lesen, ngeeeee.
Kawan baik saya ialah kereta. Hello kereta! Hello lebuhraya, jalan raya, jalan kampung, semua jalan lah. And tak lupa juga yang bakal menilai saya, hello JPJ yang berhati mulia!
And hello semua destinasi. I'll arrive there. ASAP. Ecehh
Apa pun kepada semua pemandu di Malaysia, yang telah BERLESEN,
berhati-hatilah di jalan raya, dan berhemahlah ketika memandu.
Ingatlah orang tersayang okee?
Assalamualaikum and thanks for reading my slumber blog! Much love!
Spongebob pun ada lesen kereta. :)
Typed by Zyma Rusli :)
No comments:
Post a Comment