Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum.
Salam sejahtera..
Hai semua.
Hari ni saya telah bergelar sebagai lepasan SPM 2013!
Gila tak happy.
Tapi jauh dari sudut hati ni ada perasaan takut.
First takut untuk menghadapi 'dunia baru' di mana kita dah tak bergelar pelajar sekolah menengah lagi.
Umur pun dah 17. Tak lama lagi capai 18 tahun. Maknanya dah cukup umur.
Lepas ni, no more uniform sekolah. Melainkan untuk yang masuk form6 laa.
Bila dah besar, perangai kanak-kanak kena tinggalkan.
Fikir kena lebih matang.
Mungkin lepas ni, sebagai lepasan SPM ada yang akan bekerja, tak kurang juga yang sambung belajar.
Lepas ni mesti banyak konflik yang akan melanda dekat kepala otak ni.
Konflik nak sambung belajar dekat mana?
Nak pilih bidang apa?
Nak jadi apa (cita-cita)?
Dan mungkin juga nak kahwin ke tak? Ehhh
Haha boleh jadi ea? Jangan nak gelak.
Kita tak tau masa depan kita.
Saya percaya, banyak cabaran akan serang diri kita sebagai lepasan SPM ni.
Memang betul. Tamat SPM bukan bermakna tamat segala-galanya.
Cuti 3-4 bulan ni just untuk rilekskan otak yang dah tepu dengan formula-formula, konsep bagai.
Kena kuat. And jangan pernah lupa untuk berdoa. InsyaAllah. Semua akan berjalan dengan baik.
Secondly, takut untuk ambil result SPM yang terhormat.
IT'S NORMAL. Perasaan takut tuh memang tak boleh nak halau jauh-jauh.
But fikir balik kita dah buat yang paling mampu dan baik untuk SPM.
Kita dah buat. Dan dah berlalu.
So apa-apa pun keputusan yang kluar, kita redha.
Apa yang kita dapat adalah apa yang kita usahakan..
Berfikirlah positif dengan segala keputusan yang kita dapat.
Tak bermakna dapat keputusan yang kurang memuaskan, kita akn jadi orang yang gagal sepanjang hidup.
Percayalah dengan apa yang jadi, apa yang kita lalui,
SEMUANYA BERHIKMAH.
Perancangan Dia yang terbaik. Sebab Dia yang cipta kita.
Dia tahu apa yang kita perlu dan apa yang tak.
Tawakal.
Jadi, THIS IS LIFE. Penuh cabaran.
Cabaran dalam hidup dan pengalaman membuatkan kita lebih dewasa.
Yang penting ada usaha. Dan doa :)
Doakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat.
So terima kasih kerana sudi meluangkan masa 2 hingga 3 minit untuk membaca blog saya ni
Alhamdullilah, setelah diberi pinjam oksigen dan keupayaan untuk menulis dalam peperiksaan, akhirnya habis juga jawab semua kertas. 10 subjek semua sekali. Banyak ke tidak? Haha
Sekarang nih, tawakal. :)
Typed by Zyma Rusli :)
Wednesday 27 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment