-->
skip to main | skip to sidebar
^_NuZyStOryHeRe_^

Monday, 9 December 2013

My First Driving Day

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Hai semua. Heee.
Hari ni saya excited. Sebab tengoklah tajuk atas tuhh.
MY FIRST DRIVING DAY.

Sebenarnya benda ni berlaku masa hari Sabtu hari tuh, 7 Disember 2013 (Kalau tak silap.)
Malam sebelumnya, memang tak sabar sangat sangat sangat nak memandu.
Bukan apa, memang dah terlalu lama dah rasa nak drive kereta ni.
Alhamdullilah, akhirnya dapat jugak.
Now, saya nak story morry sikit masa dekat tempat belajar memandu tuhh.

Firstly, pagi tuh, saya bangun awal, dalam pukul 4 lebih laa.
Tak tahu kenapa boleh bangun awal, mungkin sebab excited.
Then, siap siap masa pukul 6.
Dalam pukul 7 pagi, gerak pergi rumah Leha, kawan lesen saya.
Lepas tuh tunggu dekat pejabat Kak Nora.
Tunggu dia ambik, tapi dia tak dapat ambik.
So, ada lah abang hensem sorang tuh tolong ambik, apa entah nama dia.
Lepas tu, sampai sana, terus dengar ceramah. 3jam lama dia.
Then, saya kena drive belah petang sebab ramai yang nak belajar memandu hari tuh.
Dalam 50 orang.
Redhoo laa. Tunggu dari pukul 11 pagi sampai laa pukul 2.30 petang. Lebih kurang laa jam tuhh.
Saya dengan Leha lepak dekat surau. Borak gelak sakan. Biasa laa.
Dengan kawan rapat katekann.
Sampai lenguh mulut ni asyik bercerita jea.
Sementara tunggu Zohor tuhh.

Petang tu, Abang Rasyid tolong ajar saya drive kereta.
Kelakar dia tuhh.
Ingat dia bawak pusing-pusing dulu.
Rupanya kena terus drive. Perghhh.
Dengan takde pengalaman memandu, terus masuk dalam kereta, dia suruh start enjin. Dia tunjuk yang mana break, minyak, cluth semua.
Then masa nak jalan tiba-tiba, dush!
Enjin mati. HAHAHAHAAA. So sakai!
Biasa lettew. Saya budak baru belajar.
Kalau salah tolong tunjukkan :D

Then, lama-lama okay laa. Best!
Cuma saya tak mahir pegang stereng kereta yang ketat tuhh. Lenguh tangan!
Tiba-tiba abang Rasyid boleh pulak suruh bawak kereta guna satu tangan jea.
Tapi tangan kiri!
Tangan kanan duduk diam-diam!
Kata dia. Hurmmm kena dera. Tapi tuh semua ada manfaat dia jugak.
Masa nak buat parking, kepala kena jenguk keluar untuk tengok tayar.
Masa dok tonjet tonjet badan tuh, tiba-tiba, krekkk!
Badan cramp! Ya Allah, sakit tak terkata.
Terdiam japp. Nasib baik sakit kejap jea.
Fuhh. Lega.

And then, saya pandulah sampai pukul 5.30 petang.
What a great day sebab dapat kemahiran baru hari ni!
Walaupun enjin mati 3 kali, but this is best experience bro!
Hahaa. So lepas ni, akan ada latihan lagi.
Kena practise, dan practise, dan practise.
Practise makes perfect!
Perfect for get a license!
Yeayh! Bila dah ada lesen, ngeeeee.
Kawan baik saya ialah kereta. Hello kereta! Hello lebuhraya, jalan raya, jalan kampung, semua jalan lah. And tak lupa juga yang bakal menilai saya, hello JPJ yang berhati mulia!
And hello semua destinasi. I'll arrive there. ASAP. Ecehh

Apa pun kepada semua pemandu di Malaysia, yang telah BERLESEN,
berhati-hatilah di jalan raya, dan berhemahlah ketika memandu.
Ingatlah orang tersayang okee?

Assalamualaikum and thanks for reading my slumber blog! Much love!


Spongebob pun ada lesen kereta. :)


Typed by Zyma Rusli :)


Posted by Zyma Rusli at 06:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 27 November 2013

27 NOVEMBER 2013

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum.
Salam sejahtera..
Hai semua.
Hari ni saya telah bergelar sebagai lepasan SPM 2013!
Gila tak happy.
Tapi jauh dari sudut hati ni ada perasaan takut.

First takut untuk menghadapi 'dunia baru' di mana kita dah tak bergelar pelajar sekolah menengah lagi.
Umur pun dah 17. Tak lama lagi capai 18 tahun. Maknanya dah cukup umur.
Lepas ni, no more uniform sekolah. Melainkan untuk yang masuk form6 laa.
Bila dah besar, perangai kanak-kanak kena tinggalkan.
Fikir kena lebih matang.
Mungkin lepas ni, sebagai lepasan SPM ada yang akan bekerja, tak kurang juga yang sambung belajar.
Lepas ni mesti banyak konflik yang akan melanda dekat kepala otak ni.
Konflik nak sambung belajar dekat mana?
Nak pilih bidang apa?
Nak jadi apa (cita-cita)?
Dan mungkin juga nak kahwin ke tak? Ehhh
Haha boleh jadi ea? Jangan nak gelak.
Kita tak tau masa depan kita.
Saya percaya, banyak cabaran akan serang diri kita sebagai lepasan SPM ni.
Memang betul. Tamat SPM bukan bermakna tamat segala-galanya.
Cuti 3-4 bulan ni just untuk rilekskan otak yang dah tepu dengan formula-formula, konsep bagai.
Kena kuat. And jangan pernah lupa untuk berdoa. InsyaAllah. Semua akan berjalan dengan baik.

Secondly, takut untuk ambil result SPM yang terhormat.
IT'S NORMAL. Perasaan takut tuh memang tak boleh nak halau jauh-jauh.
But fikir balik kita dah buat yang paling mampu dan baik untuk SPM.
Kita dah buat. Dan dah berlalu.
So apa-apa pun keputusan yang kluar, kita redha.
Apa yang kita dapat adalah apa yang kita usahakan..
Berfikirlah positif dengan segala keputusan yang kita dapat.
Tak bermakna dapat keputusan yang kurang memuaskan, kita akn jadi orang yang gagal sepanjang hidup.
Percayalah dengan apa yang jadi, apa yang kita lalui,
SEMUANYA BERHIKMAH.
Perancangan Dia yang terbaik. Sebab Dia yang cipta kita.
Dia tahu apa yang kita perlu dan apa yang tak.
Tawakal.

Jadi, THIS IS LIFE. Penuh cabaran.
Cabaran dalam hidup dan pengalaman membuatkan kita lebih dewasa.
Yang penting ada usaha. Dan doa :)
Doakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat.

So terima kasih kerana sudi meluangkan masa 2 hingga 3 minit untuk membaca blog saya ni
Alhamdullilah, setelah diberi pinjam oksigen dan keupayaan untuk menulis dalam peperiksaan, akhirnya habis juga jawab semua kertas. 10 subjek semua sekali. Banyak ke tidak? Haha
Sekarang nih, tawakal. :)


Typed by Zyma Rusli :)


Posted by Zyma Rusli at 06:30 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Datang


Allah Ta'ala berfirman : 

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. (Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui" 
(Al-Baqarah: 183-184) 

Assalamualaikum. Alhamdullilah. Again Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Esok dah start puasa. Semua excited.  Saya pun excited. Ibu excited. Ayah excited. Nenek excited. Atuk excited. Semualah
Hahaa tape laa. So hope Ramadhan kali neh akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada sebelum nehh. Anggaplah Ramadhan kali nehh adalah Ramadhan terakhir yang akan kita lalui. Mana tahu kan? So to all muslims in this world, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ikhlas dan penuh kesabaran :) Puasa biar penuh ya? Barulah Islam sejati. Lagi pun syaitan iblis kan kena ikat. Cuma perlu lawan nafsu jea. Itulah jihad.
So jom banyakkan beribadat pada Ramadhan kali nehh.

And and and thanks for visiting my slumber blog. Much love for my readers!
Assalamualaikum.


Typed by Zyma Rusli :)
Posted by Zyma Rusli at 06:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 26 May 2013

Yang Berat Itu Amanah '')


Assalamualaikum warahmatullahhiiwabarakaatu.
Salam sejahtera.
Hai korang!
Alhamdullilah saya masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. *Breath in, Breath out.
Dan saya masih diberi keizinan masa untuk menjenguk blog slumberr nehh. 
And I think it feels too long already so I could not see my blog. About 4 months not update the blog. And now is the right time for me to type a new story about myself.

Hari semalam punya semalam, iaitu Wesak Day, hari pertama cuti tengah tahun. And guess lahh sapa jea tak suka dengan CUTI. Jangan cuba tipu. Everyone loves the holidays! It's a fact world. Hahaa
Dan masa cuti ni lah baru ada masa sikit nak manjamanja dengan blog slumber nehh. 

Actually saya nak cakap yang saya sangat sangat bersyukur dan lega sebab dah selesai dah minggu berhantu untuk budak-budak sekolah. Guess what is it? MINGGU PEPERIKSAAN! *Suara jerit
Tapi nak buat macam. Dah jadi pelajar bukan. Nak pandai kea tak? So kenalah hadap jugak.
Alhamdullilah semua paper dah settle. Tapi persoalan besarnya? Berjayakah saya memperoleh keputusan yang bagus untuk periksa midyear ni??????
Segalanya saya serah dekat yang lebih mengetahui. 
InshaAllah.

And Alhamdullilah saya dah dapat mark untuk subjek Physic. Lulus. Cukup-cukup lulus.
Itu dah cukup bagus sangat dahh. Walaupun sebenarnya saya gagal, tapi mark dinaikkan. Thanks dekat cikgu Hazalini. Dia memang cikgu yang baik. :D
Sejujurnya saya bukan jenis yang suka belajar 24/7. Hidup macam tuh bagi saya boleh gila okee. Hmm mungkin tak gila tapi boleh jadi separuh gila maybe? Haha. Tak sebenarnya tak gila pun cuma tak stress ke? Kalau saya tak boleh nak study cenggitu. For me, kita study sekadar yang kita mampu.  Saya jenis yang study smart bukan study hard. Nanti otak pun hard. Kesian otak. Tapi nak smart sangat pun tak bolehh  jugakk sayang oi. Sebab nanti penyakit malas bakal menjelma. :O So kenalah stabil. Macam for example 3jam study and 1 jam lagi tuh update blog kea. (Ehhh??)
Hahaa kena pandai bahagi masa lah asasnya. Belajar tuhh dah memang tanggungjawab kita sebagai pelajar bukan?
Tanggungjawab tu amanah. Amanah memang berat. Imam Ghazali pun pernah cakap:
' Yang berat itu AMANAH '
Kita belajar pun untuk diri kita jugak bukan? Siapa kita pada masa depan adalah apa yang kita usahakan pada hari ini. Kita usaha insyaAllah selebihnya serah kepadaNya.
Saya taip apa yang saya fikir ni pun untuk diri saya sendiri.
Saya pun manusia. Selalu lupa. So kita kena ingatkan diri sendiri ni jugak beside mengingatkan orang lain. Baru awesome hidup macam tuh bukann? :)
And lastly, saya harap korang tolong doakan saya berjaya untuk peperiksaan SPM tahun 2013 ni okee?
Sayang korang liat-liat!
Much love all of you!

  

                             

Typed by Zyma Rusli :)


Posted by Zyma Rusli at 01:49 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

SCM Music Player

×

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2013 (4)
    • ▼  December (1)
      • My First Driving Day
    • ►  November (1)
      • 27 NOVEMBER 2013
    • ►  July (1)
      • Ramadhan Datang
    • ►  May (1)
      • Yang Berat Itu Amanah '')
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  July (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
Powered by Blogger.